120 Jam Diet Tanpa Kalori | Water Fasting Malaysia

Bercerita pasal diet ini, dah pelbagai jenis diet saya dah buat. Atkins, kalori dificit dan sebagainya. Dekat Malaysia ini antara diet yang agak tidak popular adalah diet Water Fasting.

Water Fasting? Mesti korang tak berapa nak kenal sangat diet jenis ini. Tapi tahukah korang, diet ini hanya membenarkan korang untuk makan makanan yang mempunya zero kalori?

Zero kalori? eh ada ke makanan yang zero kalori? Kalau jenis pepejal memang takkan ada yang zero kalori. Untuk diet jenis ini, korang hanya di benarkan untuk minum air sahaja. Yes, air kosong sahaja.

Agak bahaya kalau korang tidak ikut peraturannya. Semasa saya membuat diet jenis ini saya telah langgar peraturan dan kesannya saya telah dimasukkan dalam hospital. Menakutkan bukan? apa yang buat sampai masuk hospital? apa kesilapan yang saya buat sampai kena jumpa doktor?

Saya pernah membuat diet jenis ini. Diet Water Fasting ini agak mencabar jiwa dan raga. Saya hanya mampu bertahan selama 5 hari sahaja. Tak bahaya ke diet jenis ini?

Sepanjang saya melakukan diet ini, saya berjaya tidak makan apa-apa jenis makanan iaitu zero kalori. Namun satu kesilapan yang saya buat yang menjadi punca saya sakit adalah semasa aku nak break fasting saya. Saya telah mengambil makanan yang agak berat. Saya makan makanan wastern selepas lima hari berdiet! 

6 jam selepas saya berhenti melakukan diet ini, dada saya tiba tiba rasa sakit sangat. Rasa susah nak bernafas. Masa itu saya dah risau dah takut ada apa-apa tidak baik untuk kesihatan saya. Dekat sejam jugak saya tahan sakit dada itu. Akhirnya saya ambil keputusan untuk ke hospital takut-takut ada benda tak elok berlaku.

Sampai sahaja hospital, semasa menunggu agak lama rasa sakit saya makin kurang. Dan saya ambil keputusan untuk balik rumah. Tapi.. Keesokkan harinya sakit itu datang balik. Serius. Time ini saya dah risau sangat. 

Jadi itulah pengalaman aku membuat diet water fasting. Jadi kepada anda yang nak melakukan diet jenis ini pastikan anda mempunyai ilmu yang tinggi membuat diet jenis. Pastikan korang membaca semuanya berkaitan jenis diet ini agak tidak memberi kesan yang memudatkan kepada tubuh badan anda.  

Bagi korang nak break water fasting korang kena makan portion yang kecil ataupun boleh makan tembikai dulu. Apa yang best diet ini, masa korang break waster fasting lidah korang akan rasa feesh. Deria rasa makin baik. Setiap gigitan makanan korang terasa sedap dan lazat. Jangan makan dengan kuantiti yang banyak takut badan korang terkejut sampai masuk hospital.