Akhirnya Pemandu Mabuk Mati Di Jalan Raya Lawan Arus

PEGAWAI pemasaran yang memandu melawan arus dipercayai akibat mabuk maut kemalangan di susur Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) menghala ke Subang, awal pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu mangsa secara melawan arus merempuh lori ketika melalui susur terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan berlaku jam 2 pagi membabitkan Perodua Myvi dipandu mangsa berusia 25 tahun dengan lori dipandu lelaki berusia 45 tahun.

“Bagaimanapun, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azman berkata, mangsa dipercayai mengambil minuman keras berdasarkan bau dikesan ketika siasatan.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat. Sampel darah mangsa juga diambil untuk ujian dadah dan alkohol.