Anak Kena Rogol Pak Saudara 17 Tahun, Suami Tak Nak Report Polis, Aib Keluarga.

Baru baru ini tular di media sosial, seorang ibu berasa kecewa dan tersempit sama ada ingim laporan kepada polis mengenai anaknya yamg di rogol / cabul oleh Pak saudara yang berumur 17 tahun.

Dilema yang dihadapi disebabkan keengganan suaminya yang tidak mahu melaporkan kepada pihak polis kerana aib keluaganya akan tercemar.

Audio Ibu Malang Ini

Namun ada yang menyifatkan suaminya tidak patut biarkan maruah anaknya yang masih mentah begitu tanpa mengambil tindakan undang-undang.

Sumber

Sertakan maklumat penting

Perkongsian wanita itu telah mendapat perhatian seorang pengguna Facebook iaitu Syed Azmi dikatakan agak musykil dengan beberapa maklumat yang dimaklumkan. Menurut individu ini, sekiranya ingin viralkan sesuatu perkara, segala maklumat penting seperti tarikh, nama, tempat dan masa perlulah disediakan.

Tambahnya lagi, kes ini juga boleh dirujuk di mana-mana balai polis dan pegawai penyiasat akan melaporkannya kepada balai polis berdekatan dengan tempat kejadian. Seperti kes wanita ini, dia boleh membuat laporan di balai polis Jengka, Pahang serta menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan di sana sahaja.

Proses perlu telus

Sementara itu, individu ini turut meminta wanita berkenaan untuk melampirkan laporan polis supaya dapat mengetahui situasi sebenar yang berlaku. Tambahnya lagi, dia tidak pernah berdepan dengan masalah logistik yang begitu rumit sepanjang menyelesaikan kes-kes sebelum ini.

Sumber: Syed Azmi