Apa Pelajar Nak Sebenarnya Semasa Latihan Internship?

Pelajar Memilih Internship

Assalamualikum. Hari ini aku nak kongsikan bagaimana untuk memilih tempat praktikal ataupun internship. Semua orang tahu, praktikal adalah syarat wajib bagi pelajar universiti untuk graduasi. Biasanya universiti atau kolej akan memberi tempoh masa 1 semester iaitu sekitar 4 hingga 6 bulan untuk pelajar mencari tempat praktikal yang sesuai. Jadi tiada ada sebab untuk pelajar tidak dapat tempat praktikal yang di impikan

Biasanya pelajar mengimpikan untuk membuat latihan praktikal di tempat yang popular seperti Petronas, CIMB, Maybank ataupun Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tetapi anda yang tidak mahu memilih syarikat ternama disebabkan job scope yang kecil dan tidak berbaloi dengan ijazah ataupun diploma yang mereka dapat. Biasanya pelajar ini menganggap bahawa berkerja di tempat ternama ini tugasan yang diberikan hanyalah photostate ataupun kerja filing yang biasa.

Apa Pelajar Nak?

1. Elaun

Motivasi sebenar pelajar adalah duit. Jika tawaran praktikal tersebut menawarkan elaun kepada pelajar, ia mungkin akan menaikkan semangat pelajar untuk melakukan latihan praktikal. Kebanyakkan Universiti atau kolej hanya membenarkan pelajar membuat latihan pratikal di sekitar universiti. Jadi pelajar ini sangat berharap tempat praktikal mereka menyedia duit elaun sepanjang mereka melakukan latihan internship. Jadi dengan duit elaun itulah pelajar ini nak kena bayar duit sewa, duit minyak dan sebagainya.

2. Job Scope Yang Jelas

Ada majikan yang tidak beritahu job scope ataupun tanggungjawap pelajar sebagai sebagai pelajar internship. Job Description tidak di nyatakan dengan jelas menyebabkan para pelajar berasa gusar untuk melakukan latihan praktikal. Rasanya setiap syarikat dah ada department Human Resources. Jadi mereka ini lebih tahu tanggungjawap mereka untuk menyediakan job scope untuk para pelajar. Dengan adanya job scope pelajar boleh bersiap sedia dengan tugasan yang akan diberikan kepada mereka.

Ada intern yang mendapat job scope yang jauh daripada bidang apa yang mereka belajar. Sebagai contoh pelajar Akauntan, mereka diberikan job scope sebagai admin hr, marketing dan sebagainya. Jadi dengan ada jobscope ini, ia boleh dijadikan sebagai guidline untuk mereka. Selain itu, kebanyakkan syarikat tidak memberikan tugasan yang bersifat private and confidential kepada pelajar intern. Biasanya syarikat besar akan buat sedemikian demi menjaga rahsia syarikat.

3. Intern Bukan Kuli

Ramai majikan yang menganggap intern sebagai tempat mereka untuk mengurangkan kos operasi. Dengan adanya intern mereka boleh ambil mereka dan memberi kerja yang banyak tanpa ada apa-apa bantuan atau tunjuk ajar. Inilah silapnya majikan ada di Malaysia. Ramai pelajar yang berkongsi kisah mereka ketika melakukan praktikal. Ada yang di suruh membeli air dan makanan, ada yang disuruh mengambil barang peribadi dan sebagainya.

Apa Yang Majikan Nak?

Sebagai majikan, benda pertama mereka nak daripada pelajar praktikal adalah boleh membuat kerja. Jika dibayar elaun dengan harga yang tinggi tetapi tidak boleh melakukan apa-apa kerja boleh merugikan masa dan duit syarikat. Ada yang menganggap itulah tugas sebagai majikan untuk mengajar pelajar ketika melakukan latihan internship di tempat mereka. Betul! Tetapi perlulah ada hadnya. Para pelajar perlu asah asas diri mereka untuk menjadi pekerja di masa akan datang. Antara perkasa asas yang perlu pelajar tahu adalah seperti skill komunikasi, Mircrosoft Office, Presentation dan sebagainya. Bagi majikan, jika perkara asas ini, ia akan lebih mudah untuk mereka untuk meningkat pretasi pelajar ketika melakukan latihan internship.

Selain daripada itu, Majikan juga memerlukan pelajar yang boleh buat dua kerja dalam satu masa atau dikenali sebagai multi-task dan pengurusan masa yang baik dalam kalangan pelajar internship dapat memberi nafas lega kepada majikan yang melabur duit untuk mereka.

Akhir Kata

Sebagai pelajar, tidak salah untuk korang memilih tempat internship tetapi perlu membuat pilihan yang wajar. Sebagai majikan, silalah membuat tawaran internship yang memberi kepuasan untuk anda dan juga pelajar. Tidak guna jika anda hanya memilih untuk memberi kepuasan untuk syarikat sendiri tanpa melihat kesan kepada pelajar yang melakukan internship. Percaya, jika pelajar praktikal berpuas hati dengan apa yang anda berikan, mereka pasti akan melakukan kerja yang anda berikan dengan semangat dan bersungguh-sungguh.