Betul ker Intern di Syarikat Besar Cuma Photostate & Hantar Dokumen?

Hi guys. Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku tentang rutin harian aku ketika melakukan latihan internship semasa aku nak habiskan degree aku dan juga latihan protege. Sampai sekarang ramai pelajar yang masih menganggap dapat membuat latihan internship di company besar adalah sesuatu yang merugikan. Mereka menganggap bahawa kerja yang diberikan tidak setimpal dengan level education mereka. Belajar sampai ijazah, tapi bila buat latihan internship diberikan kerja hantar surat, lipat surat, hantar dokumen dan sebagainya. Betul ke anggapan mereka ini?

Jawapan dia adalah betul. Berkerja di syarikat besar ini satu kekurangan dia adalah mereka tidak semudah untuk berikan kerja yang bersifat rahsia syarikat. Mereka tidak berasa ia satu keperluan untuk memberi kerja itu kepada pelajar internship. Tapi ianya terpulang kepada supervisor korang. Jika supervisor korang seorang yang bagus, dia akan beri banyak kerja yang berdasarkan level education korang.

Semasa aku membuat latihan internship di Permodalan Nasional Berhad, aku diberikan tugas untuk menyediakan peralatan untuk mereka (staf PNB) datang training. ia termasuklah setup LCD, kertas pen dan pencil dan sebagainya. Tugas lain yang aku kena buat adalah siapkan analisis training report daripada kertas feedback. Dalam masa sama, aku kena screening bermacam-macam resume pelajar yang nak buat latihan internship dekat PNB.

Kerja di syarikat besar bukanlah hanya photostate sahaja. Betul kadang-kadang korang kena photostate itupun senior staff yang suruh. Dan yang menyuruh itu pun hanya sorang dua sahaja. Dan muka dialah yang korang hadap setiap kali kena nak photostate.

Hantar dokumen? Ini sebenarnya rutin banyak kali aku buat masa dekat PNB. Dokumen yang aku nak hantar itu pun dalam satu bangunan juga. Walaupun hanya hantar dokumen, tapi ada banyak manfaat yang boleh korang dapat.

Hantar dokumen kadang-kadang adalah satu yang menyeronokkan. korang bukan sahaja dapat menyerahkan dokumen tersebut tetapi dapat menambahkan lagi circle korang. Di siniah korang dapat kenal staff yang ada PNB. Dekat sini juga korang akan banyak belajar dan bertanya berkaitan dengan PNB dengan mereka ini. Jika bernasib baik, korang boleh terserempak dengan ketua-ketua tertinggi dalam syarikat. Aku sebenarnya lagi suka hantar dokumen sebab korang boleh jumpa staff di PNB dan berkongsi pandangan dan pengalaman dengan mereka.

Pada awal lagi aku dah bagitahu yang segala kerja ataupun jobscope kau bergantung kepada supervisor atau bos korang. Masa aku dengan Projek Lintasan Kota Holdings untuk buat latihan Protege, HR Manager ini banyak kali nasihat aku jangan buat kerja macam kerani. Isi borang itu, cari dokumen, photostate dan sebagainya. Dia galakkan aku untuk tanya pasal jobscope dengan orang atasan dalam department aku. Dia nak aku terlibat dalam problem solving dan sebagainya.

Dalam masa sama, bos aku ini yang pegang jawatan sebagai HR Manager ini minta aku join meeting Bajet 2020 untuk syarikat Prolintas ini. Dari situ aku banyak belajar macam mana nak mereka ini preparation untuk presentation dengan ketua HR. Antara satu benda aku ingat dan mesti buat adalah pastikan aku ada jawapan untuk semua soalan yang bakal di tanya oleh orang atasan. Jika korang dapat bos yang nak cepat dalam kerja, korang kena belajar untuk sama cepat dengan bos korang.

Pengalaman aku buat buat internship di PNB dan latihan protege di Prolintas adalah sesuatu yang berharga buat aku. Sebagai seorang pelajar korang kena elakkan untuk membaca dan mempercayai sumber dari internet sahaja. Pergilah jika korang ada peluang untuk membuat latihan internship di company besar.

Banyak benda korang boleh belajar jika korang diterima untuk melakukan latihan internship di situ. Korang boleh belajar culture sebuah syarikat yang ternama. Di situ juga korang belajar bagaimana cara mereka ini berkomunikasi antara satu sama lain. Cara leadership mereka juga berbeza.