Cara Ajar Anak 15 Bulan Tidur Berasingan Dari Bilik Kelamin

Ada ibu bapa yang tidak rasa senang jika anak mereka yang masih kecil berjauhan dari bilik kelamin. Walaupun masih 4 tahun sekalipun, masih ada anak-anak ini yang tidur sekatil dengan ibu bapa.

Namun berbeza dengan seorang insta famous yang popular dengan video masakan yang berkongsi pengalaman mengajar anak teruna yang baru berusia 15 bulan tidur berasingan denganya.

Insta popular yang hanya mahu dikenali sebagai Arni, 29 tahun berkongsi perkara tersebut menerusi instagramnya yang mempunyai kira-kira 203,000 followers semalam.

Menurut arni, anak lelakinya masih nyenyak tidur pada jam 9pagi walaupun telah tidur agak lama sejak 9 malam.

Menurut beliau, bukan kerana katil baru dibeli tetapi kerana dia yakin anaknya penat seharian bermain dan tidak terdedah dengan smartphone dan TV.

Jika kita lihat, ramai ibu bapa zaman sekarang yang lebih senang dan mudah membiarkan anak mereka bermain dengan gadget. Lebih teruk, ada ibu baya yang biarkan anak mereka main gadget lebih dari 6jam.

Menurut perkongsian Arni, sejak 3 dan 4 bulan lepas anaknya tidak lagi menyusu waktu malam. Sepanjang Arfan tidur sendirian di bilik, dia akan pastikan aryan diberi susu sebelum tidur.

“Awal-awal bagi dia tidur sendirian, Arfan ada menangis bila terbangun dari tidur tengah malam. Kami pujuk tapi tak bawa masuk dalam bilik kami. Mungkin Arfan takut sebab gelap.”

“Apa kami buat, kami letak lampu yang jenis malap-malap. Bila tengok CCTV, Arfan ada bangun, tapi selepas itu dia akan tidur balik. “

Tambah Arni, sekarang ini anaknya tidak lagi menangis seperti minggu pertama tidur sendirian. Arfan seperti sudah faham yang dia perlu tidur di sini.

About diapers, lepas mandi malam pakai baru. Dan bila nak masuk tidur, Arni akan tukarkan sekali lagi. Jadi tak adalah dia berasa tidak selesa if kencing malam.

Menurut Arni, bukan sengaja dia dan suami biarkan anaknya tidur sendirian. Ada sebab tersendiri.

katanya, dia mahu dapatkan tidur lebih baik. Malah bukan sahaja untuk dirinya dan suami sahaja tetapi untuknya anaknya sekali.

“We want him (Husben) to get better sleep and us too”

” Sebelum ini masa nak tidurkan Arfan, my husben tak boleh dalam bilik. Bila Husben ada, Arfan tak boleh tidur.

“Sebab dia (Arfan) suka mengada-ngada, suka bermain kalau ada daddy dia. So bayangkan kalau satu pagi, dia tak tidur dan tak dapat rehat.”

Jika Arfan tidur dibilik, dia dan suami tifak boleh bercakap mahupun berbisik.

“Telingar Arfan cepat tangkap dan terus bangun dari tidur.”

Menurut Arni, mungkin ada yang tidak bersetuju caranya yang biarkan anaknya tidur sendirian di bilik berasingan. Tetapi itulah pilihan dia dan suaminya.

“This is our choice and it’s us whose dealing with him.

Kredit: Arni Instagram