Cara Memohon Latihan Protege Di PNB

Assalamualaikum Korang, jika sebelum ini saya dah kongsikan pengalaman saya melakukan internship / latihan praktikal di Permodalan Nasional Berhad. Kalau korang masih lagi tak baca lagi pengalaman saya di PNB, boleh baca di sana okey. Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya melakukan protege atau di PNB dikenali sebagai Graduated Executive Training (GET). Sebenarnya sebelum habis internship hari itu, saya dah tahu dah program GET ini memang ditawarkan di PNB. Lebih membanggakan apabila saya punya supervisor yang minta aku sambung buat latihan sebagai GET program. Menurut beliau saya ada potensi untuk lebih berjaya dan memperbaiki kekurangan yang sedia ada.

Sebut mengenai kekurangan, terus terang saya mempunyai banyak kekurangan. antara kekurangan saya adalah komunikasi saya dengan orang sangat mengecewakan. Lagi-lagi kalau berkomunikasi dalam bahasa english. Jadi aku cabar diri saya untuk sertai program ini. Selain daripada itu, saya juga ada masalah keyakinan diri lagi-lagi berada di hadapan orang ramai.

Cara Memohon Latihan Protege / GET di PNB

Sebenarnya agak mudah untuk menghantar permohonan korang untuk membuat latihan GET di PNB. Namun oleh sebab kadar kemasukkan untuk program GET di PNB agak limited jadi korang kena betul-betul berusaha keras untuk mendapatkan tempat di PNB Get. Korang boleh hantar secara atas talian melalui email ini mmasri@pnb.com.my. Dalam email itu korang pandai-pandailah bagi ayat yang korang betul-betul berniat untuk melakukan latihan GET di PNB.

Dalam masa korang jangan lupa untuk sertakan sekali korang punya resume dan transkrip akhir. Dua benda ini sangat penting untuk melihat sama ada korang berjaya atau tidak menempatkan diri di program ini. Biasanya transkrip diminta sebagai bukti yang korang dah habis belajar. Kalau masih bebaki satu semester lagi, permohonan korang di tolak!

Pengalaman Melakukan Latihan GET di PNB

Program GET PNB ini durasi selama 8 Bulan sahaja. 2 Bulan korang akan di berada di kelas untuk latihan berkaitan dengan soft skill training and technical training yang melibatkan Microsoft Office, Business Proposal, Communication dan sebagainya. Jadi selama dua bulan itu korang akan dipecahkan kepada dua kelas. Selama dua bulan ini korang akan di ajar cara komunikasi, cara berjalan, cara bersosial dan sebagainya. Sepanjang kelas GET ini, paling best adalah kelas technical sebenarnya. Antara kelas paling saya suka adalah Microsoft Excel, Powerpoint dan sebagainya.

Terus terang, apa yang saya belajar di Universiti cara buat slide, cara presentation sangatlah salah. Jadi dari sini korang akan perbaiki diri korang untuk menjadi lebih baik. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan slide presentation atau pivot table. Semasa latihan ini saya rasa macam terlampau kerdilnya diri saya sebab tidak tahu lebih mendalam tentang Microsoft. Malah, kalau imbas balik resume saya, sangatlah memalukan bila letak penanda aras resume berkaitan dengan PowerPoint dan Excel sebagai Advanced. Hakikatnya sangat basic.

Sesudah 2 bulan di dalam kelas, korang akan dilepaskan di jabatan masing-masing. Di PNB, GET Program tidak menfokuskan jabatan-jabatan yang ada di PNB sahaja. Tetapi peserta program GET ini juga akan ditempatkan di anak syarikat PNB seperti Projek Lintasan Kota Holdings, PNB Commercial dan sebagainya. Untuk pengetahuan korang, penempatan korang dipilih berdasarkan korang punya latar belakang pendidikan, resume korang. Jadi pastikan korang update resume korang okey!