Gangguan Bekalan Air Selama 4 Hari di Selangor & Kuala Lumpur

Bekalan terputus itu berikutan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa

Pengguna di Petaling, Klang, Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air selama empat hari, mulai Selasa minggu depan.

Pengarah merangkap Ketua Operasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Ir Abas Abdullah, berkata sebanyak 420,000 akaun pengguna di 290 kawasan membabitkan lima wilayah itu akan terjejas.

“Air Selangor juga membuat anggaran bahwa 48 peratus daripada semua kawasan yang terjejas akan mendapat bekalan air sebelum 16 Julai, diikuti oleh 80 peratus kawasan terbabit pada 17 Julai,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air juga berbeza mengikut kawasan dan bergantung kepada lokasi dan ketinggian premis pelanggan.

Katanya, henti tugas sepenuhnya loji berkenaan merangkumi penggantian beberapa rangkaian injap utama untuk meningkatkan kecekapan sistem dan membolehkan loji itu beroperasi dengan lebih baik.