Guna Kabel Ayah? – Netizen Persoalkan Anak Datuk Noor Hisham Dilantik dalam Jawatan Kerajaan

Terbaru, menerusi perkongsian Menteri Kewangan Malaysia iaitu Tengku Zafrul ada memaklumkan seramai 3 orang siswazah telah dipilih untuk menyertai Felo Perdana bagi tahun 2020.

Ahli Felo Perdana 2020  yang dimaksudkan itu ialah Muhammad Khair Noor Hisham yang juga merupakan anak lelaki kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Datuk Dr Noor Hisham. Khair merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Jurusan Ekonomi Bisnes di Universiti Sheffield Hallam.

Netizen Panas Isu Kabel

Namun ada Netizen yang persoalkan tentang jawatan yang diberikan kepada anak Datuk Noor Hisham ini. Malah ada yang berasa tidak senang dengan pelantikkan Muhammad Khair.

Malah ada yang menyifatkan Muhammad Khair antara contoh kebanyakkan jawatan kerajaan di penuhi oleh kaum kerabat terdekat di dalam Kerajaan.

Adakah anda setuju?

Profile Khair Yang Hebat Ini Tutup mulut netizen!

Sepanjang bergelar pelajar, pelbagai anugerah akademik yang telah diraih antaranya ialah memenangi dalam Sheffield Business School International Dragon’s Den Competition pada tahun 2019. Selain itu, beliau juga pernah dianugerahkan sebagai pelajar terbaik iaitu menjadi ketua kepimpinan majlis perwakilan pelajar di UiTM Pahang pada tahun 2018.

Bukan itu sahaja, beliau bergiat aktif sepanjang bergelar siswazah dan pada tahun 2018, beliau pernah menjadi pengarah bagi Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya iaitu program bersama antarabangsa.

Melihat daripada kesemua pencapaian yang diperoleh, sememangnya anak lelaki Dr Noor Hisham ini sangat layak dipilih sebagai Felo Perdana 2020.

Tahniah Khair!

Rata-rata natizen mengucapkan tahniah atas pelantikkan Muhammad Khair. Malah ada yang menyifatkan kebijaksanaan ayahnya akan turut mengalir dalam melaksanakan tugasnya di MOE.