Hafidz Roshdi | Gosip, Kontroversi & Segalanya

Hafidz Roshdi? Masih kenal dengan pelakon lelaki ini? Aku sebenarnya dah lama minat dengan Hafidz Roshdi sejak dia berlakon dalam drama Baby Ana Milik Siapa. Drama ini sangat unik dan lain daripada lain. Malah, drama lakonan pertama hero remaja seangkatan dengan Fattah Amin ini pernah jadi perbualan hangat di dalam negara.

Kemudian, Hafidz muncul drama solo dalam bentuk keagaamaan. Namun disebabkan slot drama tersebut adalah tengah hari dan ditayangkan di saluran RTM, jadi tidak ramai yang tahu tentang drama ini. Setelah beberapa bulan, Hafidz Roshdi muncul sebagai hero dalam Aku Pilih Kamu. Drama tersebut, beliau di gandingkan dengan Dayana Rodza. Untuk pertama kalinya, Hafidz Roshdi berlakon dalam yang tidak ada agenda berpegang tangan, berpelukkan dengan pelakon bukan mahram. Dan ini menjadi sebab kenapa drama ini menjadi pilihan masyarakat Malaysia pada ketika itu.

Drama Aku Pilih Kamu menjadi fenomena luar biasa buat Hafidz Roshdi. Pada saat itu, walaupun namanya agak lambat untuk mendaki, tapi hasil usaha dan penat lelah akhirnya ia membuahkan hasil. Buktinya, Hafidz Roshdi muncul dengan drama pertama di slot Akasia. Ya, semua orang tahu yang slot akasia merupakan satu slot yang membantu menaikkan nama seorang artis. Kebanyakkan pelakon baru mula popular jika drama mereka di slot akasia di TV3. 

Hafidz Roshdi telah digandingkan dengan pelakon Uqasha Senrose. Terus terang, aku memang tak suka sangat lakonan Uqasha. Dengan makeup tebal macam anak patung, tak ada feel berlakon. So aku layan sahaja drama slot akasia itu. Walaupun Hafidz Roshdi nampak kayu sikit, but is a good try. Selama 28 Episode itu, boleh lihat lakonan hafidz roshdi makin bagus, bagus dan sangat baik. 

Tak semuanya indah, ada ketikanya, Hafidz Roshdi seperti artis tempatan yang lain. Terpalit dengan gossip. Dan aku percaya hafidz roshdi bukan sengaja buat gossip murahan. Antara gossip atau konterversi yang berlaku adalah pergaduhan mulut di antara Hafidz Roshdi dan Uqasha Sensrose. Aku rasa masalah sebenarnya adalah Uqasha yang bawa mulut kat twitter. Pada hemat aku, Uqasha ini salah faham dengan dakwaan Isteri hafidz roshdi yang kononya berasa cemburu bila lihat lakonan suaminya dan Uqasha. Sepatutnya Uqasha tak perlu pun ambil kisah tentang pandangan dari isteri hafidz roshdi. Malah kau patut berbangga sebab buat orang lain cemburu dengan kau. 

Kemudian hafidz roshdi terpalit dengan gossip Facebook Page. Cerita ini macam ini, Hafidz Roshdi setuju meminta someone untuk jagakan Fan Page dia. At same time, pengurus Fan Page dia telah salah guna fan page namanya dengan memuat naik product kecantikkan yang melanggarkan perjanjian antara Hafidz Roshdi dan pemilik product kosmetik. Aku sebenarnya kenal orang yang buat anaiya Hafidz Roshdi ini. Dia ini memang banyak Fan Page artis dekat Facebook. Mostly Fan Page yang ada Link Blogspot ini memang si syaitan ini punya. Aku dah banyak kali nasihat Hafidz Rosdi, tapi mungkin dia berapa nak percaya dekat aku. Dan sekarang lihatlah. Terpalit dengan gossip sampai burukkan namanya sendiri.

Isu perkahwinan Hafidz Roshdi aku tak sentuh. Sebab itulah takdirnya berkahwin dengan insan yang dah lama ada sisi dia sejak dia study lagi. Hafidz Roshdi sendiri mengaku yang isterinya sudah banyak kali di ajuk kononnya tidak sesuai untuk berkahwin dengan Hafidz Roshdi. Hafidz Roshdi kot, Handsome, Kacak, Bergaya dan tak berapa tinggi sangat. Tapi sedaplah tengok.  Haha

Kening hafidz roshdi antara kening paling seksi aku pernah tengok. Kau tengoklah anak perempuan dia, kening tajam taw. Comel sangat anak Hafidz Roshdi ini. 

Itulah cerita hafidz roshdi yang boleh aku ceritakan. Pokoknya Hafidz Roshdi antara pelakon yang aku minat sampai sekarang. Walaupun dia dah kahwin, Tapi minat tetap sama tak pernah pudar. Hahaha. Maaflah aku menggeletis masa tulis kisah Hafidz Roshdi ini. Tapi menang betul, aku senyum senyum je masa tulis mengenai hafidz roshdi ini.