Hawa Rizwana Kesal Dituduh Penyondol Lelaki

Hawa menyifatkan tuduhan itu sangat keterlaluan dan ia hanya dilakukan oleh mereka yang mempunyai masalah mental. Hawa turut berasa hairan mesej yang dihantar itu kerana dia tidak pernah menganggu sesiapa.

Namanya kini semakin dikenali ramai, penyampai berita dan pengacara Wanita Hari Ini iaitu Hawa Rizwana kesal apabila menerima mesej berbaur hinaan malah turut dituduh sebagai wanita perampas atau penyondol lelaki.

“Saya pun tak faham apa maksud dia. Rasanya saya tak pernah kacau sesiapa pun, mungkin dia saja nak mulakan kontroversi. Bila buka DM tu, rupanya dah banyak mesej sama telah dihantar sebelum ini.

“Kita tak boleh nak anggap semua orang yang menggunakan media sosial ni waras, mungkin dia tak sihat jadi buat apa saya nak marah,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Hawa berkata dia tidak marah mahupun berdendam dengan individu berkenaan sebaliknya menganggap perkara itu sebagai satu cabaran untuk dia berada dalam dunia penyiaran.

“Memang selalu dapat pun benda-benda macam tu. Awal-awal dulu tak sangka la orang macam tu wujud di dunia ini.

“Saya tak ambil peduli sangat perkara ini kerana ia tidak memberi tekanan pun kepada saya. Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya untuk berdepan ujian ini,” katanya.