Kenapa Aku Tolak Permohonan Internship di Petronas?

Assalamualaikum guys. Hari ini aku nak kongsikan kepada korang tentang pengalaman aku menolak tawaran internship di Petronas. Sebenarnya sampai sekarang aku rasa kesal dan menyesal menolak tawaran yang diberikan oleh pihak Petronas.

Semua orang tahu yang Petronas adalah satu company besar dan menjadi impian untuk setiap orang di Malaysia untuk berkerja di situ. Malah dapat pengalaman internship di Petronas adalah satu pencapaian yang memuaskan.

Cara Mohon Internship di Petronas?

Untuk memohon internship di Petronas sebenarnya tidaklah sesukar mana. Namun ia bergantung dengan kekosongan yang ada. Semasa aku mohon internship di Petronas, aku dapat email direct daripada pekerja Petronas yang incharge kemasukkan pelajar internship.

Aku banyak kali email dia untuk minta confirmation adakah permohonan aku diluluskan ataupun tidak. Mungkin kerana melihat aku bergitu beria-ria untuk menempatkan diri di Petronas, akhirnya aku telah diterima untuk melakukan Internship di situ! Gembira sangat.

Tapi.

Setelah menerima offer letter daripada Petronas. Aku lihat tempat internship ini di tempat yang aku tak tahu sangat. Pada awalnya aku ingat aku dapat dekat Petronas KLCC rupanya tidak. Aku dapat dekat area Jalan Kolam Air Lama Ampang.

Memandangkan aku tak ada transport dan hanya menggunakan public transport macam Lrt, Mrt dan sebagainya jadi aku berbelah bagi untuk menerima tawaran internship ini. Dan dalam masa saya, pihak Petronas juga mahu aku mulakan latihan Internship lebih awal dari tarikh surat universiti yang telah aku hantar.

Faktor kedua pula adalah aku tak ada duit nak mulakan internship lebih awal. Mana nak cari duit untuk aku start internship lebih awal. Malah aku tak sempat membuat tinjauan kawasan internship aku itu. Jadi aku rasa aku perlu tolak tawaran internship daripada Petronas ini.

Antara alasan lain kenapa aku tolak tawaran internship di Petronas adalah disebabkan aku diterima untuk melakukan latihan internship di Permodalan Nasional Berhad. Dan memandangkan Office PNB berdekatan dengan Lrt, jadi aku fikir lebih baik aku tolak tawaran daripada Petronas.

Tolak Tawaran Petronas

Memandangkan aku terlampau beria-ria untuk menempatkan diri di Petronas menyebabkan aku rasa gusar dan serba salah. Mana taknya setiap minggu aku email orang Petronas untuk minta confirmation agar aku diterima. Keputusan ini mungkin tidak memberi kesan kepada Petronas sangat, tetapi memberi kesan kepada orang yang balas email aku, bersabar dengan aku.

Oleh itu, memandang aku tak nak kurang ajar sangat, aku hantar email kepada mereka untuk menolak tawaran internship di Petronas. Jadi kepada korang yang nak tolak tawaran internship itu pastikan korang hantar email secara rasmi. Sekurang-kurang korang nampak berbudi terhadap mereka dan dalam masa sama hubungan korang masih baik lagi. Mana tahu dikemudian hari korang akan contact balik mereka ini.

Email yang aku hantar!

Kesilapan Aku

Dua hari lepas itu, aku dapat call daripada Petronas. Dia tanya aku kenapa aku tolak tawaran internship tersebut. Dia juga bagitahu yang manager di tempat Petronas berminat dengan resume aku and nak aku melakukan internship di situ. Aku bagilah alasan tak ada duit untuk bayar duit tambang disebabkan kena start lebih awal.

Orang Petronas yang call aku itu bagitahu yang sepatutnya aku beritahu mereka awal-awal kenapa aku tak leh masuk lebih awal ataupun aku ada masalah kewangan sekalipun. Mereka boleh cuba tolong aku supaya aku boleh buat latihan internship dekat Petronas.

Namun sebab aku pun dah tolak tawaran Petronas secara rasmi di email, jadi tawaran itu dah tak ada lagi untuk aku. Dan aku terima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Kesimpulannya

Jika korang berniat untuk melakukan latihan internship di Syarikat besar pastikan korang punya taraf professional sama level dengan mereka. Sekurang-kurangnya belajar untuk bersikap profesional. Jika korang tak dapat untuk melakukan latihan Internship di syarikat itu, pastikan korang hantar email secara rasmi. Jangan bersikap lepas tangan dan berdiam diri. Ini penting kepada korang untuk jangka masa panjang terutamanya untuk mengekal hubungan baik korang dengan majikan tersebut.