Lewat Lapor Polis – Doktor Pelatih Lelaki di Cabul Pensyarah Lelaki

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 27 tahun berhubung perkara itu pada 17 Februari lalu.

POLIS sedang menyiasat dakwaan doktor pelatih lelaki yang dikatakan dicabul seorang pensyarah yang juga pengasas kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada November tahun lalu.

“Pada awalnya, mangsa tidak mahu meneruskan tindakan selepas membuat laporan itu, namun pada 7 Julai lalu, lelaki itu meminta pihak polis untuk meneruskan siasatan.

“Kami menasihatkan kepada individu yang juga mangsa kes seumpama ini supaya tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dapat dijalankan terhadap pelaku dan hukuman setimpal dikenakan mengikut peruntukan undang-undang.

“Mangsa memaklumkan dia lewat membuat laporan polis kerana khuatir kerjayanya musnah memandangkan suspek adalah penyelianya selain pensyarah berkenaan adalah seorang yang berpengaruh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

POLIS sedang menyiasat dakwaan doktor pelatih lelaki yang dikatakan dicabul seorang pensyarah yang juga pengasas kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada November tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, suspek lelaki berusia 56 tahun itu ditahan petang hari ini.

“Suspek yang berkerusi roda dan lumpuh dari bahagian pinggang ke bawah dirakam percakapan dan akan diberi jamin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.