Memilih Kawan di Universiti Satu Kesilapan

Assalamualaikum guys. Minggu ini kebanyakkan pelajar lepasan SPM 2019 tengah bersiap-siap untuk masuk ke Universiti atau kolej. Ada yang berjaya menempatkan diri IPTA popular seperti UITM, UIA, UKM atau USM. Namun ada yang memilih untuk belajar di IPTS atas sebab-sebab yang tertentu.

Antara benda pertama yang korang dapat apabila belajar di universiti adalah ada nya seorang atau ramai kawan. Kawan inilah yang akan ada dengan korang semasa susah ataupun senang. Ada yang memberi pendapatan supaya berhati-hati memilih kawan. Dan ada juga yang menggalakkan korang untuk berkawan dengan siapa sahaja.

Di universiti korang akan jumpa dengan pelbagai jenis orang, berbeza latar belakang, ada yang kaya, ada yang miskin. Ada yang mempunyai sasaran sepanjang belajar di universiti dan ada yang masuk tanpa ada sasaran. 

Di universiti juga korang jumpa kawan yang pelbagai bangsa, agama dan juga berbeza asal usul. Ada yang dari luar banda, ada yang dari golongan elite dan sebagainya. Ada yang jenis kaki enjoy, kaki clubbing, kaki minum, kaki segala kaki.

Ada yang gay atau lesbian. Yes, yang ini korang takkan dapat elak untuk berjumpa dengan orang-orang macam ini. Tapi sekarang dunia dah moden, ramai yang menerima golongan ini asalkan mereka menghormati privasi masing-masing dan tidak bertindak liar. 

Jika sebelum ini korang terbiasa dengan perangai tak elok, terbiasa mengejek bapok, lembit, gay dan sebagainya. Bila korang dah sampai universiti korang kena open minded dan menerima dengan hati terbuka. 

Pada pandangan aku, berkawan dengan siapa sahaja. Aku ada kawan yang hisap ganja, minum ketum dan sebagainya. Berkawanlah. Dari situ korang punya fikiran lebih terbuka dan boleh adaptasi dalam kehidupan yang mendatang. Berkawanlah tapi jangan sampai korang terikut-ikut dengan amalan tidak elok mereka. 

Sebab aku percaya, ada ketikanya kawan yang tak elok itu, yang korang anggap tak ada masa depan itu yang akan tolong korang ketika korang dalam keasaan susah. Mereka ini yang banyak bantu korang dari egi wang ringgit dan sebagainya.

Bercintalah Tapi Jangan Lupa Kawan

Soal bercinta dengan Universiti dan biasa dah kerap kalo berlaku. lagi-lagi drama melayu yang paparkan kisah percintaan di universiti. Ramai yang berangan nak dapat kisah cinta yang sama macam dalam TV. 

Aku tak kisah pun kawan aku nak bercinta ke apa. Tapi aku paling tak suka kawan yang lebih pentingkan hubungan cinta daripada hal-hal yang lebih penting yang melibatkan banyak orang. Adanya tugas berkumpulan, masa itulah nak keluar date dan sebagainya. Masa itulah busy nak on the phone dan sebagainya. 

Bercinta tak salah. asalkkan korang pandai bahagikan masa tanpa kecilkan hati orang, hati kawan-kawan korang.

Kepada mereka yang nak masuk univeristi itu, pastikan korang hadam apa yang aku tulis ini. Selamat maju jaya!