Nabil Sedih, Rugi Ratusan Ribu Ringgit Kerana Crovid-19

Editor: Bukan Nabil jer hilang punca pendapatan. Ada jer yang hilang kerja sebab crovid!

PENGACARA Nabil Ahmad terpaksa berdepan kerugian ratusan ribu apabila tidak dapat menjana pendapatan sepanjang tempoh tiga bulan akibat Covid-19.

Nabil berkata, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa oleh kerajaan, tawaran membuat persembahan dari Mac lalu sehingga Disember depan, dibatalkan pihak penganjur.

Kata Nabil

“Sejujurnya, sepanjang PKP, saya tidak ada pendapatan kecuali sebagai pengacara Meletop. Malah, pengurus saya beritahu ‘show’ dan acara hiburan dari Mac hingga Disember, semua dibatalkan.”

“Ada lebih 20 acara dibatalkan dengan kerugian yang harus saya tanggung membabitkan ratusan ribu ringgit.”

“Setakat ini, saya bersyukur masih ada pekerjaan. Alhamdulillah selepas PKP, saya dapat rentak bekerja semula.

Sekarang ini, syarikat produksi saya ada seorang pekerja sahaja untuk memantau kerja yang tertangguh. Namun, Insya-Allah kita doakan semoga ekonomi negara semakin stabil.” kata nabil lagi