Pelakon Nur 2, Akui Tak Nak Ceraikan Isteri kedua, Berhenti Beri Nafkah!

Gosip hari ini telah di emailkan oleh seseorang peminat blog babybiru.com. Menurut sumber pelakon baru, Iman Zulkarnain yang mula meningkat naik ini mempunyai masalah rumah tangga sejak 6 bulan yang lalu.

Iman mengakui hubungan dia dengan isteri keduanya masih dalam tanda tanya. Katanya isterinya mahu berkerja di luar negara namun dia tidak mengizinkan. Sejak dari itu dia tidak lagi duduk serumah dengan isteri keduanya.

Pelakon itu juga menambah yang dia tidak akan menceraikan isterinya walaupun di minta banyak kali oleh isteri keduanya. Malah sampai sekarang dia tidak memberikan nafkah kerana isterinya nusyuz terhadapnya.

Iman Zulkarnain yang bakal muncul dengan filem seram arahan Opie Zami yang bakal ditayangkan pada tahun 2021. Dalam masa sama drama pertamanya di slot akasia sedang dalam proses pembikinan.

Selepas tinjauan dibuat, bekas isterinya seperti membuka peluang untuk lelaki lain berkenalan dengannya walaupun dia sedar yang dia masih lagi isteri terhadap pelakon tersebut.

Apa-apa semoga Iman Zulkarnain menjumpai jalan terbaik menyelesaikan kemelut rumah tangganya.