Sebab Tunetalk Plan Internet Terbaik di Malaysia| eSIM

Nak memilih plan internet yang terbaik di Malaysia bukannya mudah. Dewasa kini, syarikat telco berusaha untuk menambat hati para pengguna untuk menggunakan service daripada mereka ini. Jadi artikel ini akan memberi gambaran kepada korang kenapa Tunetalk adalah plan internet terbaik di Malaysia.

eSIM Ada di Malaysia

Baru-baru ini aku berpeluang menggunakan Iphone XR. Aku nak beli Iphone 11 sebenarnya tetapi di sebabkan kos nak beli Iphone 11 sangat mahal dan bajet aku tak berapa nak ada, so aku beli Iphone XR. Antara benda paling nak aku cuba selepas menggunakan Iphone XR ini adalah aku eSIM.

Kalau korang nak tahu eSIM ini hanya available dekat beberapa Smartphone High End sahaja. Antara yang Smartphone yang boleh guna eSIM adalah Iphone  8 dan ke atas. Smartphone Samsung pun ada. So pandai-pandailah korang check balik sama ada smartphone korang boleh gunakan eSIM ataupun tidak.

Nak gunakan eSIM ini mudah kalau korang gunakan Tunetalk. Semua mudah dengan menggunakan Application Tunetalk. Korang cuma perlu isi-isi maklumat untuk verify akaun korang. Dan dalam masa korang kena add on topup paling kurang RM30. 

Dalam sejam dua itu aku dapat email yang permohonan aku untuk gunakan eSIM berjaya. Jadi apa istimewa gunakan eSIM ini? Mestilah tak ada. Paling berguna pun korang boleh guna dua sim kad dalam masa sama. Satu sim kad physical dan satu lagi eSIM.

Kalau korang perasan tajuk atas aku itu, eSIM sangat menyusahkan kalau korang Format Handphone korang. korang kena start dari awal untuk memohon eSIM semula. Aku tak pasti telco lain macam mana. Tapi setakat ini aku gunakan Tunetalk dia punya prosedur memang macam itu. jadi sekarang ini secara rasmi aku menggunakan Physical Sim semula.

Jadi kalau tunetalk nak jadi sim kas yang terbaik di Malaysia, mereka mesti memudahkan cara dan mengurangkan kos untuk memiliki eSIM ini.

Pengalaman Guna Tunetalk

Lima tabun lepas aku menggunakan Celcom. Jika korang masih ingat lagi Celcom pernah tawarkan plan internet burung hantu. plan itu memang popular dan memang menjadi pilihan rakyat Malaysia. Masa aku study dekat Kolej Poly-Tech Mara Bangi, kebanyakkan kawan aku menggunakan celcom sebab tertarik dengan plan tersebut. Tapi diam-diam Celcom cuba tarik balik plan internet tersebut.

Kemudian aku beralih menggunakan Maxis. Maxis ini rangkaian internet dia memang luas dan laju. Tapi ada satu sebab kenapa aku tak bertahan lama menggunakan Maxis, puncanya adalah kos nak beli internet mahal. Kau banyakkan 1GB internet Maxis caj sampai RM30.

Akhirnya aku menggunakan Tunetalk. Masa awal-awal tunetalk ini keluar plan internet ini, mereka dah bagitahu awal-awal yang kad sim limited untuk jangka masa tertentu. Tawaran yang pihak Tunetalk bagi masa itu sangat menarik minat aku untuk menggunakan plan ini secepat mungkin.

Berdasarkan gambar dekat atas itu, Dengan RM48 korang akan dapat 10GB highspeed internet. Bukan itu sahaja, 10GB takkan tolak jika korang habiskan masa korang buka facebook,twitter, atau instagram sebab pihak Tunetalk dah bagi Unlimited Social Media.

Jadi maksudnya korang boleh layari atau main media sosial korang tanpa ada rasa risau quota internet korang habis. Sepanjang aku menggunakan Tunetalk plan internet ini aku habiskan 40GB data internet hanya untuk media sosial. Banyak bukan?

Sim kad ini limited yang dijual oleh pihak Tunetalk ini dah tak ada dijual dekat mana-mana. Antara istimewanya plan internet ini adalah mereka bagi 40GB video streaming highspeed. Menarik gila.

10GB internet yang pihak tunetalk bagi itu, takkan terusik jika korang layan Netflix, Youtube, Viu dan sebagainya. Dan dalam masa korang juga akan dapat Unlimited Chat untuk Whatsapp, Wechat dan sebagainya. Pihak Tunetalk pun bagi Free call ke Maxis, Celcom, Digi dan sebagainya termasuk nombor talian tetap

Jadi itulah pengalaman aku menggunakan Tunetalk. Dekat pasaran sekarang ada sim kad tunetalk tetapi plan internet sedimit berbeza. Apa yang beza?

cuma satu sahaja yang membezakan dengan plan yang aku guna sekarang iaitu pihak Tunetalk cuma bagi korang 2GB sehari untuk video streaming. Agak terbatas sebenarnya tapi okeylah korang dapat 60GB internet. Untuk plan internet aku, aku dapat 40GB video streaming tanpa ada pecahan.

Sekian. Semoga artikel ini memberi korang pilihan nak guna plan internet yang terbaik untuk korang. Yang pasti, pastikan korang pilih rangkaian yang kuat dekat kawasan sekitar korang. Berdasarkan apa yang aku tulis ini, tak salah aku bagitahu yang Tunetalk adalah plan internet terbaik di Malaysia buat setakat ini.