Percubaan Gagal, Gelagat Hamster Panjat Dinding Untuk Larikan Diri Tarik Perhatian Ramai

Kebanyakan hamster lazimnya akan kelihatan berlari-lari di atas roda yang diletakkan di dalam sangkar mereka sebelum mereka kembali tidur.

Kuro, seekor hamster yang berusia enam bulan, cita-citanya untuk melarikan diri tampak lebih besar berbanding hamster biasa yang lain apabila dia ditangkap cuba melarikan diri dengan memanjat dinding berhampiran.

Dalam gambar yang mencuit hati ditangkap oleh tuannya, Yuka Hirata, 22, di Kanagawa, Jepun, hamster tersebut dilihat sedang memanjat dinding sebelum cubaan melarikan diri itu digagalkan.

Kuro telah memanjat daripada bahagian atas sangkarnya dan berjaya melepaskan diri daripada sangkar sebelum memanjat dinding yang terletak berhampiran sangkarnya dengan menggunakan kakinya yang comel itu.

Yuka telah berkongsikan gambar-gambar tersebut di media sosial awal minggu ini dan sejak dari itu, gambar itu telah dilihat lebih daripada 600,000 kali daripada warganet.

“Saya tiba-tiba (merasakan ada sesuatu di dinding), dan ianya tampak seperti seakan gambar.

“Dia selalu sahaja melarikan diri, tapi ini kali pertama dia melarikan diri dengan memanjat dinding.”

Gelagat Kuro itu telah mendapat sambutan yang besar dari warganet di seluruh dunia dan bahkan ada yang menggunakan gambar tersebut untuk diilhamkan menjadi seni latte.