Rashidi Ishak Bengang Netizen Samakan Muka Anaknya seirias Bekas Isteri

Pelakon Rashidi Ishak menempelak tindakan segelintir individu yang kerap menegur mengenai wajah anak keduanya Maryam Rashika yang seiras bekas isterinya, Vanidah Imran.

Menerusi Instagram miliknya, Rashidi memuat naik status rasa tidak puas hati itu selepas menutup ruangan komen di dua foto bersama anak perempuannya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-15 semalam.

“Ya ya saya sudah tahu dia (Maryam) kelihatan seperti ibunya. Apa tujuan anda untuk ingatkan saya berjuta kali?” kata Rashidi.

Bapa kepada dua anak itu meluahka rasa pelik tujuan netizen kerap mengingatkannya mengenai wajah anaknya sama seperti bekas isteri.

Pada 20 Mac lalu, Rashidi mengesahkan sudah bercerai dengan Vanida Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mereka mendirikan rumah tangga.