Review Internship di PNB | Permodalan Nasional Berhad

Nak pilih tempat untuk membuat latihan pratikal ini bukanlah mudah. Saya dulu pun pening mencari tempat yang terbaik untuk buat latihan praktikal ataupun internship. 

Pada saya, tujuan utama saya membuat internship adalah untuk menimba pengalaman yang banyak dalam dunia pekerjaan. Saya mahu kembangkan saya pun view of point dalam alam pekerjaan. Saya mahu turut serta menjadi orang berkepentingan dalam sebuah syarikat. Walaupun saya sedar ia hanya internship tapi pada awal-awal lagi saya sudah tanamkan diri saya bahawa saya bukan sekadar intern tapi saya juga merupakan orang penting dalam syarikat.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan salah satu syarikat impian saya. Saya mahu abadikan diri saya berkerja dan menimba pengalaman yang luas bersama PNB. Oleh itu, saya cuba untuk dapatkan tempat internship di PNB. Dan alhamdulillah permohonan saya untuk melakukan internship untuk habiskan sisa baki dan sebagai syarat graduasi telah berjaya menempatkan diri di PNB.

Bagi anda yang mahu membuat latihan praktikal di PNB. Anda boleh hantarkan email resume bersama dengan Surat Offer Letter dari Universiti, Transkrip terkini dan juga Cover letter di intern@pnb.com.my. Di dalam artikal ini nanti aku terangkan process bagaimana anda dipilih menjalani latihan internship di sini.

Berbalik kisah saya, saya telah di tempatkan di Human Capital Planning & Development (HCPD) atau Department Training. Pada awalnya saya fikir saya akan handle pekerja berkaitan dengan dengan training. Rupanya di sebuah syarikat, mereka akan bawa trainer dari luar untuk membantu pekerja di PNB untuk meningkat KSA ( Knowledge, Skill and Attitude).

Saya punya jobscope tidak lah berat sangat namun boleh dikatakan agak setara dengan jawatan sebagai iaitu sebagai intern. Antaranya adalah saya dminta untuk menyiapkan satu report pernuh berkaitan dengan feedbacks atau maklum balas daripada peserta training di PNB. Biasanya sebelum training selesai, mereka akan disediakan borang untuk mereka isi maklum balas mereka berkaitan dengan training program yang mereka hadiri.

Selain daripada itu, saya juga bertanggungjawap untuk review kesemua resume yang dihantar oleh para pelajar yang berhasrat untuk melakukan internship di PNB. Biasanya kami sendiri akan menghubungi pelajar untuk membuat pengesahan sama anda mereka berminat untuk melakukan internship di PNB ataupun tidak. Jika mereka berminat dan masih tidak menerima offer daripada syarikat lain, kami akan mengeluarkan surat tawaran melakukan internship di PNB.

Sekiranya anda tidak mendapat khabar berita daripada PNB, anggap sahaja permohonan anda tidak berjaya. Bagi mereka berjaya, surat anda akan di pos secara manual. Setakat ini ketika saya melakukan internship, surat tawaran akan di pos di alamat rumah para pelajar. Jika masih tidak menerima surat tersebut, kami akan email surat tawaran tersebut.

Berkerja di PNB sangat seronok. Bukan kerana dikelilingi oleh kaum melayu, tetapi suasana di PNB sangat best. Ketua department aku seorang yang agak aktif ketika berkerja. Dia sangat menitik beratkan kami untuk mendengar arahan dengan jelas. Jika tidak fahan arahan tersebut, dia galakkan saya untuk bertanya sampai faham. 

Sepanjang di PNB, saya pernah uruskan Management Trainee. Biasanya Management Trainee ni mereka ini adalah bekas penerima biasiswa daripada PNB. Agak menyeronokkan uruskan mereka ini kerana latar belakang mereka kebanyakkan adalah pelajar yang belajar luar negara. Ada seorang dua yang dipilih untuk meyertai management trainee di PNB di berdasarkan Pointer CGPA iaitu atas daripada 3.5/4.00. 

Sekadar infomasi kepada anda, biasanya mereka yang terpilih sabagai management trainee di PNB mereka di latih secara rotation selama 6 bulan itu anda akan ditempatkan pelbagai department untuk melihat sejauh mana anda sesuai dengan kelayakkan anda. Kemudian, anda jugak akan masuk kelas training selama sebulan untuk belajar berkaitan dengan sahsiah diri, time management, English, komunikasi dan banyak lagi.  Di akhir minggu, korang akan dapat satu tasks di mana korang bersama ahli kumpulan perlu membuat presentation di hadapan kesemua Head Of Department (HOS) PNB. Dalam presentation ini juga, para HOD boleh memberikan soalan berdasarkan apa korang presentationkan.

Jadi kepada anda yang berhasrat untuk melakukan internship di PNB, semoga artikal ini dapat membantu korang. Tidak kira di mana anda melakukan latihan pratikal pastikan korang melakukan kerja dengan baik dan bersungguh-sungguh. 

Salam maju jaya.