SAYA TIDAK SETUJU ALASAN YANG DIBERIKAN KWSP- NAJIB RAZAK

Saya tak setuju dengan dua alasan ini.

Alasan pertama ialah KWSP kekurangan dana besar jika pengeluaran akaun 1 dibenarkan.

Seperti apa yang saya tulis pagi ini, jumlah pencarum yang ingin memohon untuk skim akaun 1 ini dijangka sekitar jumlah pencarum yang diluluskan untuk skim i-Lestari iaitu 4.57 juta pencarum.

Maka, jumlah dana maxima yang diperlukan jika setiap 4.57 juta pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan RM10,000 adalah RM45.7 bilion.

Itupun jika semua mahu atau layak untuk mengeluarkan sebanyak RM10,000. Ada yang mungkin mahu jumlah lebih kecil untuk keperluan terdesak.

RM45.7 bilion ini cuma 4.9% daripada jumlah aset RM929.64 billion KWSP pada 30 Jun 2020.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157457348090952

Alasan kedua ialah pengeluaran dari akaun 1 akan hakis masa depan pencarum.

Perlu kita faham bahawa apa yang dikeluarkan pada masa ini tidak bermaksud kita tidak berpeluang untuk pulihkan pada masa depan.

Ianya boleh dilakukan dengan dua cara:

CARA 1: Naikkan semula kadar caruman statutori bulanan majikan dan pekerja pada masa depan apabila ekonomi memulih selepas krisis Covid berlalu.

Kadar caruman ini sering diturunkan pada masa ekonomi perlukan suntikan. Ini juga dilaksanakan pada bulan Februari tahun ini apabila kadar caruman statutori pekerja diturunkan dari 11% ke 7%.

Mereka yang mengeluarkan wang dari akaun 1 dan akaun 2 (melalui skim i-Lestari) boleh dinaikkan kadar caruman ini selepas ekonomi bertambah baik agar mereka boleh memulihkan simpanan usia tua mereka dalam KWSP.

CARA 2: Kerajaan ada tanggungjawab untuk membuka peluang untuk KWSP menjana lebih keuntungan untuk ahli-ahli melalui projek-projek lebih lumayan seperti apa yang dilaksanakan kerajaan BN pada masa saya PM.

Saya beri beberapa contoh:

a) Projek Kwasa Damansara.

Menteri PH yang paling banyak minum sawit pernah tuduh saya jahat kononnya saya merugikan Lembaga Getah Malaysia sebanyak RM800 juta sebab kerajaan BN jual tanah sebanyak 2,800 ekar tanpa tender kepada KWSP dengan harga RM2.28b pada tahun 2012.
https://www.nst.com.my/news/nation/2019/01/446662/najib-hits-back-teresa-kok-mrbs-sg-buloh-land-sale

Masa itu, ramai developer (termasuk beberapa kawan baik Atok) yang lobi saya jual tanah yang lokasinya amat strategik kepada mereka tapi saya tegas untuk jual direct kepada KWSP.

Lalu kita bina dua stesen MRT atas tanah ini untuk naikkan lagi nilai tanah KWSP tersebut.

Akibatnya, KWSP memiliki projek dengan nilai pembangunan RM50 bilion yang kini dikenali sebagai Kwasa Damansara.

Saya pun tanya Teresa apa salah jual terus kepada KWSP untuk memanfaatkan pencarum. Dia pun tak jawab.

b) Projek Battersea United Kingdom.

KWSP juga diberi peluang untuk memilik kepentingan 20% dalam projek £9 billion (RM48 bilion) yang merupakan antara projek paling lumayan di negara England.

“Interest in Battersea Power Station project spikes 300% on Brexit”
https://themalaysianreserve.com/2020/03/23/interest-in-battersea-power-station-project-spikes-300-on-brexit/

c) Lebuhraya PLUS.

KWSP juga diberi peluang untuk memilik 49% kepentingan dalam syarikat Lebuhraya PLUS manakala 51% dimilik Khazanah Nasional.

Bukan itu sahaja, kerajaan BN juga membayar pampasan tahunan kepada PLUS tiap-tiap tahun supaya kadar tol lebuhraya-lebuhraya milik PLUS tidak dinaikkan sepanjang tempoh saya PM.

Lalu Guan Eng masuk untuk gandakan baki konsesi tol PLUS daripada 18 tahun ke 38 tahun lagi dengan syarat kerajaan tak bayar pampasan lagi.

Dengan amat bangga, Guan Eng pun umum:

“Januari 17, 2020: Kerajaan jimat RM42 bilion, tidak perlu bayar pampasan pada PLUS”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/647515/kerajaan-jimat-rm42-bilion-tidak-perlu-bayar-pampasan-pada-plus

Jimat apa? Yang tak dibayar itu adalah RM21 bilion (49% daripada RM42 bilion) kepada KWSP.

KWSP yang kehilangan peluang menjana RM21 bilion.

Bila saya tanya Guan Eng, dia kata pulak pencarum KWSP lebih rela untuk dapat dividen lebih rendah jika mereka diberi diskaun tol 18%.

Tapi bila saya tanya bagaimana pula dengan pencarum-pencarum KWSP dari pantai timur semenanjung, Sabah dan Sarawak yang langsung tak guna lebuhraya PLUS tetapi dividen KWSP mereka terjejas juga, dia membisu pulak.

Hatta, dia tuduh saya hanya mahu jaga kroni. Dan saya jawab, ya. KWSP dan pencarum-pencarumnya memang kroni saya.

“Najib ticks off Guan Eng over EPF and ‘cronies’”
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/01/20/najib-ticks-off-guan-eng-over-epf-and-cronies/

Ramai lagi contoh-contoh projek yang diberi kepada KWSP atau syarikat milik KWSP seperti projek pembangunan semula Stadium Bukit Jalil, Lebuhraya EDL Johor, LRT3 dan sebagainya dalam tempoh saya PM.

Hakikatnya, dividen KWSP masa saya PM adalah antara tertinggi sejak 20 tahun lalu.

“Feb 2018: Pergh! Dividen tertinggi dalam 20 tahun”
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/311757/pergh-dividen-tertinggi-dalam-20-tahun

Sebab itu, saya tak bimbang pencarum-pencarum keluarkan duit sekarang pada masa paling terdesak sebab saya tahu kerajaan boleh bantu memulihkan simpanan KWSP jika berniat untuk jaga kroni saya iaitu Rakyat.

Terpulanglah kepada kerajaan PN jika mereka mahu benarkan pengeluaran dari akaun 1 untuk pencarum paling terdesak.

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Najib Razak