Separuh dari 214,398 Warga Asing Dari China Tidak Keluar Dari Malaysia

Terdahuku Laporan Ketua audit 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih daripada 95 peratus pelancong warga China dan India dari Malaysia

Sebelum ini, Laporan Audit Negara 2018, menyatakan tiada laporan keluar seramai 95 peratus pelancong China dan ini melibatkan hampir 100,000 orang.

Tahun 2020 – Lebih 214,398 Tiada Rekod Warga China Dan India Tinggalkan Malaysia

SERAMAI 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia setakat 15 April lalu, demikian Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

“Pada pendapat Audit, sistem MyIMMs yang kerap downtime (masa rosak) dan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem boleh menjejaskan integriti data bagi rekod pergerakan keluar/masuk di pintu sempadan negara,” menurut laporan itu.

“Antara faktor warga asing yang masuk ke Malaysia tetapi tiada rekod keluar adalah kerana sistem mengalami masalah integrasi yang menyebabkan berlakunya isu teknikal pengoperasian sistem,” kata laporan itu.

Selain itu, 1,765 orang telah diambil tindakan oleh unit penguatkuasaan manakala bagi baki selebihnya seramai 198,479 warga asing tiada rekod keluar.

“Berdasarkan sampel itu, selain daripada tiada rekod keluar, pihak Audit turut mendapati warga asing berkenaan telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan iaitu dari 121 hingga 1,087 hari.