Sharifah Sakinah Sah Bercerai , Sedar Bukan Isteri Yang Baik

Editor: Terpalit dengan isu tayang dada leper, kali satu berita agak menyedihkan apabila perkahwinan Sharifah Sakinah telah musnah.

Sharifah Sakinah berkata, dia dan Aliff sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.

Kata Sakinah

Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun

Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing… Itu sebaik-baiknya

Sebelum ini, tersebar kisah konon Anais secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka. Ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.

Sakinah dan Aliff bernikah pada 28 Mac 2018 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.

Dalam perkembangan lain, aktres serba boleh itu baru selesai menjalani penggambaran telefilem, Kasih Tau Foo Fah berganding dengan Michael Ang.

Kredit: Berita Harian