Shuk Hot FM Banyak Kali Pujuk Fara Dari Bunuh Diri

Jika sebelum ini bekas vokalis Hyperact, Kecik, mengenai hubungannya dengan individu dikenali sebagai Fara Salleh, semakin ramai warga maya tampil berkongsi mengenai wanita tersebut.

Terbaru, menerusi akaun Twitter @laudyataylor seorang warga maya mendakwa Fara Salleh pernah mengugut untuk membunuh diri dengan cara terjun daripada apartmentnya.

Dakwa warga net tersebut menerusi mesej peribadi yang dihantar kepada @laudyataylor, selain bukti bergambar dia juga memiliki video wanita tersebut sedang berdiri di luar tingkap sambil dipujuk Shuk yang berada di beranda rumah.

Dia turut mengakui menghubungi pihak bomba kerana khuatir wanita yang didakwa sebagai Fara Salleh itu benar-benar terjun dari bangunan.

Tak Jadi bunuh Diri Selepas Bomba Sampai

Bagaimanapun katanya, wanita tersebut lari masuk ke dalam rumah selepas pihak bomba dan polis tiba.

Kami masih menunggu penjelasan daripada Shuk hot fm mengenai isu ini. Semoga Shuk Hot Fm kembali memperbetulkan keadaan.