Tips Menggunakan Jobstreet Untuk cari Kerja Lebih Berkesan

Umum tahu, ramai yang kehilangan kerja kesan daripada virus crovid-19. Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, jumlah penangguran sejak Mac 2020 sehingga kini meningkat kepada 17.1% iaitu kira-kira 610,500. Peningkatan pengangguran ini berkait dengan impak Perintah Kawalan Pegerakkan (PKP) yang dilaksanakan di Malaysia. Penganggur bagi kumpulan umur belia 15 hingga 30 tahun mencatatkan kadar pengangguran tertinggi iaitu 6.9 peratus diikuti 31 hingga 45 tahun (1.4 peratus) dan 46 hingga 64 tahun (1.1 peratus).

Namun selepas kerajaan membuka semula 90% service perniagaan di Malaysia, nampaknya banyak syarikat yang sedang mencari pekerja baru untuk mengisi kekosongan. Walaupun dalam keadaan terdesak untuk mencari kerja, ada pencari kerja yang melakukan kesilapan ketika menggunakan Jobstreet ataupun website pencari kerja yang lain. Jadi artikel ini membantu korang untuk melihat apakah kesilapan anda ketika menggunakan platform cari kerja yang di Malaysia, terutama bagi mereka yang menggunakan jobstreet.

1. Bahasa / Language

Perkara yg penting majikan tengok juga adalah language atau bahasa yang anda gunakan dalam komunikasi ataupun dalam penulisan. Bahasa ini biasanya menjadi kepentingan kepada majikan disebabkan oleh beberapa perkara. Pertama untuk melihat keyakinan calon yang akan di bawa ke fasa interview. Bahagian Language atau bahasa Ini adalah self-audit, anda sendiri audit diri anda bukan orang lain. Siapa biasa letak English pada level 5, dia punya keyakinan tidak kuat. Sekurang-kurangnya letaklah 7 atau 8. Kalau keputusan JELA (JobStreet English Language Assessment) anda atas dari 30, maka english anda boleh letak 9. Percayalah, majikan anda bukanlah hebat mana pun English. Tapi bila anda letak 5 ke bawah, terus majikan nampak anda tidak ada keyakinan diri.

Jika anda hanya mampu berbahasa korea ataupun jepun tapi sekadar cakap ‘Arigato Gozaimas’ , ‘Annisaiyoo’ silalah buang dan jangan letak. Melainkan anda minta kerja yang memerlukan kekuatan bahasa asing. Kalau tak mahir sila letak Malay, English ataupun Mandarin sahaja. In reality, English memang keperluan untuk Executive level. Tolonglah Improve bahasa english anda dari semasa ke semasa. Tapi dalam resume, anda boleh letak rate tinggi. SIla Ingat ini, Resume adalah untuk mendapatkan interview

2. Gaji – I dont Mind My Salary Berapa?

Ini merupakan kesilapan biasa para majikan lihat apabila calon seperti terdesak untuk mendapat kerja. Tetapi adakah benar anda tidak kisah isu gaji? Jika di tawarkan kerja dengan range salary sebagai operator sedangkan jawatan anda adalah Executive, adakah benar anda tidak kisah?

Sebelum itu sila faham bahawa gaji yang anda minta sentiasa berdasarkan gaji semasa anda. Sebab tu HR akan minta slip gaji untuk kerja semasa anda. HR akan kira berapa peratusan kenaikan gaji yg diminta oleh anda. Benda macam ini, kalau over sangat minta, ia menyebabkan pemohonan kerja anda di tolak. Keduanya, sila tengok salary range. Di Jobstreet biasanye dah dijelaskan berapa jurang gaji untuk sesuatu jawatan. Jika sudah tertulis range gaji daripada RM4,000 ke RM5000, apa sebab anda minta sehingga RM8,000?

2 Jenis Career Growth berkaitan Gaji Ketika Mohon Kerja

  1. Vertical Jump – Ade dua jenis career growth iaitu vertical atau horizontal. Vertical maksudnya anda naik pangkat. Maksudnya, anda mohon kerja dengan pangkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya. Contohnya dari Executive ke Senior Executive. Kes macam ini, silalah fight salary jump yang tinggi. Sekurang-kurangnya adanya kenaikkan gaji sehingga RM1,000 dairpada kerja semasa anda.
  2. Horizontol Jump – Ini adalah kes di mana anda apply job yang sama pangkat. Biasanya horizontal growth ini untuk tukar bidang kerja, tukar environment company, dan sebagainya. Kes ini, biasanye kenaikan sekitar RM300-RM1000 je.

3. Cara Tulis Work Experience

Tahukah anda, bahagian pengalaman kerja ini menjadi penyebab anda di panggil interview. Jika anda menulis pengalaman kerja anda dengan betul, dan memuaskan hati majikan, kebarangkalian anda di panggil interview sangat tinggi. Jadi bahagian ini anda perlu mengambil perhatian dengan sewajarnya. Antara tips utama adalah anda dinasihatkan untuk mengurangkan menulis apa yang korang buat. Tetapi tulislah apa yang kamu capai sepanjang kami berkerja di syarikat lama korang. Selain itu cuba elakkan menulis dalam ayat yang pasif. Bila anda tulis macam ini, automatically anda akan tulis ape kerja harian kamu. Ini tak akan memberi apa-apa impak kepada majikan. Cuba tgk gambar dibawah ini.

Kenapa anda kena kurangkan tulis kerja rutin harian? Ini adalah sebab majikan dah tengok nama jawatan anda dan dia dah tahu dah ape kerja rutin yang korang buat. Tulis 1-2 line sahaja keje rutin secara umum. Dalam masa sama silalah tukar ayat pasif anda menjadi AYAT AKTIF. Lead this, Achieve that, Head of, Co-head of, Construct. Cuba tengok gambar di atas ada tak nampak kelainan struktur ayat tu. Ia menunjukkan anda aktif di tempat kerja

Semoga artikel ini membantu anda untuk mencari kerja di luar sana. Bagi mereka yang fresh graduated, Jawatan kerja untuk mereka yang junior atau fresh graduated ini terlampau banyak pesaingan. Terlampau banyak. Jadi di sini anda perlu ubah diri anda menjadi lebih luar biasa daripada calon-calon yang lain. Tidak salah untuk anda mencari kerja di luar bidang apa yang anda belajar. Asalkan anda dapat kerja dan boleh menampung kehidupan anda. Dan elakkan berasa cukup memohon kerja hanya 10 jawatan sehari. Mohonlah sebanyak mana mungkin di Jobstreet agak rezeki anda dipanggil interview lebih banyak. Sekian.