Wanita baru kematian suami buntu, minta tolong pekerja kedai buka password handphone

Namun kisah seorang wanita yang meminta bantuan pekerja di sebuah kedai untuk membuka kata laluan telefon bimbit milik arwah suaminya menjadi tular di media sosial. KALAU dah namanya suami isteri pasti tiada rahsia dalam diri kerana ikatan yang dibina atas dasar cinta dan juga kepercayaan terhadap pasangan masing-masing.

Menerusi paparan skrin perbualan di WhatsApp itu, si isteri tidak mengetahui kata laluan telefon bimbit suaminya yang baharu saja meninggal dunia.

Kata Wanita Itu,

“Hi nak tanya kat kedai encik boleh tak buka password iPhone tak, suami saya baru meninggal dunia, saya tak tahu password handphone dia.

“Kalau nak suruh saya bawa document arwah suami untuk buktikan saya boleh tunjuk. Kalau boleh buat saya datang kedai. If not saya kena pi Machine,” tulis si isteri.

Namun pekerja tersebut meminta maaf kepada wanita berkenaan kerana tidak dapat membantunya.

“Takziah sis… semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada arwah. Maaf sis, tak dapat buka. Apple pun tak sure,” katanya.

Menerusi perkongsian yang tular itu, seorang pemuda menasihatkan golongan suami untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku.

“Elakkan lah benda ini berlaku. Saya nak bantu pun tak dapat. Dokumen-dokumen penting semua dalam phone. Nak deactivate semua kat phone. Kejujuran dalam bekeluarga. Catatlah dalam buku masing-masing dan disimpan di tempat yang suami isteri boleh tahu. Sebab kita tak tahu siapa ‘pergi’ dulu,” katanya.

Selain kata laluan telefon bimbit, perkara lain yang perlu dimaklumkan kepada pasangan masing-masing adalah nombor ejen insurans atau hibah, jumlah hutang dan siapa, nombor pin kad bank, online banking, senarai hutang bank dan kad kredit.

Selain itu senarai rakan perniagaan dan kata laluan peti besi jika ada juga antara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan suami isteri.

“Untuk apa nak berahsia, kalau isteri nak check phone bagi je. Dari mula kita “Aku Terima Nikahnya” bermakna dia sebahagian dari hidup kita,” katanya.