Wanita Cuba Lompat Ke Dalam Kolam Dari Bumbung Rumah, Tapi Jatuh Atas Pemukaan Yang Keras

Saat mendebarkan apabila percubaan seorang wanita untuk melompat ke dalam kolam renang dari atas bumbung rumah tular di Twitter dengan lebih 11 juta tontonan.

Video tersebut menunjukkan wanita berkenaan dengan berani cuba menyelam ke dalam kolam dari tempat yang tinggi, tetapi lompatannya tidak begitu mengena. Akibatnya wanita itu jatuh di atas permukaan yang keras.

Video yang dirakamkan di sebuah parti sempena perayaan 4th of July di AS itu membuat penonton tergamam, di samping memberi pengajaran kepada orang ramai untuk berfikir 2 kali sebelum mencuba melakukan perkara yang sama.